- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 10
PEGAWAI PERTANIAN DAERAH KUALA PILAH ADAKAN KUNJUNG HORMAT KE PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH KUALA PILAH
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 10
Kuala Pilah, 3 Mac 2026 – Pegawai Pertanian Daerah Kuala Pilah, Puan Shuaidawati Suli telah mengadakan kunjung hormat ke atas Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Pilah pada 3 Mac 2026 bertempat di Kompleks Rakan Muda Kuala Pilah.
Kunjungan tersebut bertujuan mengeratkan hubungan kerjasama strategik antara Jabatan Pertanian dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Pilah, di samping membincangkan pelaksanaan Karnival Agro MADANI yang dijangka berlangsung pada bulan Mei 2026.
Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pihak telah bertukar pandangan berhubung cadangan pengisian program, penglibatan belia, penyediaan fasiliti serta bentuk kolaborasi yang boleh dilaksanakan bagi memastikan penganjuran karnival berjalan lancar dan memberi impak positif kepada komuniti setempat.
Puan Shuaidawati memaklumkan bahawa Karnival Agro MADANI akan memberi penekanan kepada penglibatan golongan belia dalam sektor pertanian moden, pendedahan kepada teknologi agro terkini serta peluang keusahawanan dalam bidang agromakanan.
Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Pilah turut menyatakan komitmen penuh dalam menyokong pelaksanaan program tersebut, termasuk membantu dari segi penyelarasan penyertaan belia dan penggunaan kemudahan yang bersesuaian.
Adalah diharapkan penganjuran Karnival Agro MADANI pada Mei nanti akan menjadi platform penting dalam memperkasakan sektor pertanian serta menarik minat generasi muda untuk menceburi bidang agro selaras dengan aspirasi pembangunan negara
