MESYUARAT JAWATANKUASA SURAU AN NUR KOMBES PAROI BIL. 1/2026

PAROI, 3 Mac 2026 - Bertempat di �Bilik Mesyuarat Aras 1, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Mesyuarat Jawatankuasa Surau An Nur Kombes Paroi bil.1/2026 telah diadakan dengan kehadiran seramai 10 orang ahli jawatankuasa.
Mesyuarat pada kali ini memberi fokus kepada pelantikan baharu bagi mengisi kekosongan jawatan susulan pertukaran beberapa orang pegawai dan persaraan ahli jawatankuasa. Pelantikan ini penting bagi memastikan pengurusan dan pentadbiran surau terus berjalan lancar dan tersusun.
Selain itu, mesyuarat turut membincangkan perancangan program bagi tahun 2026 seperti Majlis Bacaan Yasin serta aktiviti-aktiviti lain yang bersesuaian, mengambil kira baki kewangan sedia ada.
Perbincangan juga melibatkan hal-hal berkaitan pengurusan akaun dan kewangan surau bagi memastikan ketelusan serta tadbir urus yang baik dapat dikekalkan. Semoga segala perancangan yang dirangka dapat dilaksanakan dengan jayanya demi manfaat seluruh warga Kombes Paroi.
#SurauAnNur
#JBSNegeriSembilan
#teamjbsn9

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 25-03-2026, 08:57:50

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search