MAJLIS PENYERAHAN CEK CURA PROGRAM NEGERI SEMBILAN ESPORTS CHAMPIONSHIP (NSEC26) PRA SUKMA 2026 PERINGKAT ZON SELATAN

Majlis Penyerahan Cek Cura bagi Program Negeri Sembilan Esports Championship (NSEC26) Pra SUKMA 2026 Peringkat Zon Selatan telah berlangsung dengan jayanya dalam suasana penuh meriah dan semangat kesukanan bertempat di Dewan Wawasan, Politeknik Port Dickson. Program ini dianjurkan sebagai platform persediaan awal atlet-atlet esports Negeri Sembilan dalam menghadapi temasya SUKMA 2026.
Kejohanan tersebut dirasmikan oleh Ybrs En Azharizal bin Santib, Pen.Pengarah Sukan JBS Negeri Sembilan mewakili Tuan Pengarah, Ybrs En Ahmad Zaidi bin Mispan, Timb. Pengarah Sokongan Akademik (TPSA) PoliPD dan En Ahmad Akiff, Presiden Persatuan Sukan Elektronik Negeri Sembilan serta pegawai-pegawai JBSN9, Politeknik Port Dickson dan Barisan jawatankuasa kejohanan. Kejohanan ini telah menghimpunkan wakil-wakil persatuan, pemain esports, dan barisan jurulatih serta para tetamu kehormat yang sentiasa komited dalam menyokong pembangunan sukan elektronik di Negeri Sembilan. Penyerahan cek cura ini merupakan simbol sokongan dan komitmen padu pihak penaja serta agensi terlibat dalam memastikan kelancaran perjalanan program.
Kejohanan NSEC26 Pra SUKMA Peringkat Zon Selatan ini bertujuan mencungkil bakat baharu serta memperkukuhkan pasukan negeri melalui pertandingan yang kompetitif dan profesional. Ia juga memberi pendedahan awal kepada para atlet mengenai suasana kejohanan sebenar serta meningkatkan tahap disiplin, kerjasama berpasukan dan strategi permainan.
Diharapkan melalui sumbangan dan sokongan yang diberikan, program ini mampu melahirkan atlet esports yang berdaya saing, berdisiplin serta mampu mengharumkan nama Negeri Sembilan di pentas SUKMA 2026 kelak. Semoga usaha murni ini menjadi pemangkin kepada perkembangan industri esports yang lebih progresif dan mampan di peringkat negeri mahupun kebangsaan.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMadani
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda
belia.my

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 25-03-2026, 08:57:50

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search