KEBERANGKATAN DYMM TUANKU MENCEMAR DULI KE MAJLIS BERBUKA PUASA PERINGKAT DAERAH KUALA PILAH

JOHOL, 26 Februari 2026 – Suasana di Masjid Kariah Kampung Ulu Inas hari ini diselubungi rasa syukur dan ukhuwah apabila dimuliakan dengan keberangkatan DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir dan DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud untuk majlis berbuka puasa bersama rakyat.
​Turut berangkat mengiringi baginda berdua ialah:
​YAM Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin ibni Tuanku Muhriz.
​YAM Tunku Zain Al-'Abidin ibni Tuanku Muhriz serta kerabat diraja.
​Ketibaan Baginda berdua disambut mesra oleh Ahli Parlimen Kuala Pilah, YB Dato' Hj. Adnan bin Abu Hassan; ADUN Johol, YB Tuan Saiful Yazan bin Sulaiman; Pegawai Daerah Kuala Pilah, Pn. Nawal binti Mohamed Amin; serta kehadiran Pegawai Belia dan Sukan Daerah En. Zul Fadli Ahmad, ketua-ketua jabatan, AJK Masjid dan seluruh warga kariah.

​Dalam majlis yang penuh bermakna ini, DYMM Tuanku berdua telah berkenan menyampaikan sumbangan daripada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) kepada golongan asnaf:
​23 orang penerima lelaki.
​20 orang penerima wanita.
​Sumbangan ini bertujuan meringankan beban serta persiapan mereka dalam menyambut bulan Ramadan yang mulia ini.
​Sebelum berangkat pulang kemanisan majlis diteruskan apabila DYMM Tuanku dan YAM Anakanda berkenan mengurniakan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir, sekali gus mengukir senyuman di wajah generasi muda kariah ini.
​Semoga keberangkatan ini terus mengeratkan kasih antara Raja dan rakyat serta membawa keberkatan kepada seluruh Negeri Sembilan.

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 25-03-2026, 08:57:50

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search