- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 18
SESI PERBINCANGAN DAN LAWATAN TAPAK PROGRAM RAKAN MUDA RAMADAN PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 2026
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 18
Kuala Pilah, 23 Februari 2026 – Satu sesi perbincangan dan lawatan tapak bagi pelaksanaan Program Rakan Muda Ramadan Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2026 telah diadakan pada 23 Februari 2026 bertempat di Kompleks Rakan Muda Kuala Pilah.
Sesi perbincangan tersebut telah dipengerusikan oleh Encik Mohd Zul Fadli, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Pilah. Turut hadir ialah Encik Azmeer Amar Azwan, Pegawai Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, bersama pegawai-pegawai serta urus setia yang terlibat dalam perancangan dan pelaksanaan program.
Tujuan utama sesi ini diadakan adalah bagi memperincikan perancangan program, menyelaras pembahagian tugas jawatankuasa pelaksana, menetapkan pengisian aktiviti, serta meneliti aspek teknikal dan logistik bagi memastikan kelancaran penganjuran program. Lawatan tapak turut dilaksanakan bagi menilai keperluan fasiliti dan kesesuaian lokasi penganjuran yang bakal dipilih.
Program Rakan Muda Ramadan Peringkat Negeri Sembilan dijadualkan berlangsung pada 9 Mac 2026 di salah sebuah masjid di daerah Kuala Pilah yang akan ditetapkan dan dimaklumkan kelak. Program ini dijangka menghimpunkan seramai 400 orang peserta yang terdiri daripada golongan belia serta tetamu jemputan.
Penganjuran program ini adalah selaras dengan usaha memperkasa penglibatan belia dalam aktiviti rakan muda yang berteraskan kerohanian, pembangunan sahsiah dan semangat kesukarelawanan sepanjang bulan Ramadan.
Diharapkan melalui kerjasama strategik antara Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Pilah, program ini akan dapat dilaksanakan dengan jayanya serta memberi impak positif kepada pembangunan belia di Negeri Sembilan.
