- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 13
SESI PERBINCANGAN DAN PENYELARASAN PROGRAM BERSAMA PERSATUAN KECERGASAN NEGERI SEMBILAN DAN PERSATUAN SEBAMROBIK NEGERI SEMBILAN TAHUN 2026
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 13
SEREMBAN, 26 Februari 2026 - Satu sesi perbincangan dan penyelarasan program telah diadakan bersama Persatuan Kecergasan Negeri Sembilan dan Persatuan Senamrobik Negeri Sembilan bagi Tahun 2026.
Sesi ini telah dipengerusikan oleh En Azharizal Santib, Penolong Pengarah Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan dengan dihadiri oleh Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Persatuan masing-masing. Turut serta bersama Pn Siti Suhana binti DaralSalam selaku Pegawai Kecergasan Nasional JBSNS.
Dalam perjumpaan ini, Encik Azharizal Santib meluahkan penghargaan dan terima kasih atas kerjasama yang diberikan daripada pihak persatuan sepanjang tahun lepas dalam melaksanakan program kecergasan bersama Jabatan.
Semoga dengan jalinan hubungan dan kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang di samping dapat meramaikan lagi penggiat-penggiat kecergasan dan mempromosikan gaya hidup sihat terutama dalam Negeri Sembilan.
Selain itu, perbincangan turut menjurus kepada perkongsian idea dan cadangan serta hasrat untuk mengadakan kerjasama antara dua Persatuan ini di masa akan datang.
#TeamJBSN9 #MalaysiaAktif #MalaysiaMADANI #RakanMuda
