KUNJUNG HORMAT PENGARAH AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN NEGERI SEMBILAN

SEREMBAN, 24 Februari 2026- Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negari Sembilan, Encik Ahmad Syariffuddin bin Sarmin telah menerima kehadiran Puan Ruziliza Binti Ibrahim, Pengarah AADK Negeri Sembilan bersama barisan kepimpinan beliau iaitu, Puan Norzulaika Binti Mansor dan Puan Nur Asmida Binti Mohamad Jali.
Dalam perjumpaan ini, kedua Jabatan saling berkongsi pandangan dan idea dalam memastikan belia tempatan bebas dari ancaman dadah. Selain itu, perbincangan turut menjurus kepada hasrat untuk mengadakan kerjasama antara dua jabatan ini bagi melahirkan generasi belia yang sihat, cergas dan mempromosikan gaya hidup sihat.
Semoga kerjasama ini akan terus berkembang dan membawa seribu kebaikan kepada semua belia di Negeri Sembilan.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda
belia.my

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 25-03-2026, 08:57:50

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search