- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 33
PROGRAM RINTIS BUKIT GALLA BAGI PERSEDIAAN PROGRAM NEGERI SEMBILAN SEVEN WONDERS CHALLENGE 3.0 DAERAH SEREMBAN
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 33
Labu, 05 Februari 2026 – Program Rintis Bukit Galla, Labu telah berlangsung seawal jam 8.00 pagi sebagai persediaan awal bagi pelaksanaan Program Negeri Sembilan Seven Wonders Challenge (NS7WC) 3.0 Daerah Seremban yang akan dilaksanakan buat kali ketiga.
Program NS7WC 3.0 merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Sembilan di bawah portfolio Exco Belia dan Sukan Negeri Sembilan dengan kerjasama pelbagai agensi yang bertujuan mempromosikan gaya hidup sihat serta memperkenalkan lokasi pelancongan di peringkat daerah.
Program pendakian ini diketuai oleh Pejabat Daerah dan Tanah Seremban selaku penyelaras program bersama agensi-agensi lain termasuk Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban, Pejabat Hutan Daerah Negeri Sembilan Barat, Balai Polis Labu, APM Daerah Labu, Persatuan Malim Gunung Perhutanan Negeri Sembilan dan ramai lagi.
Turut hadir ialah Tuan Mohamad Najib bin Mustafa, Pegawai Daerah dan Tanah Seremban; Dato’ Ahmad Faez bin Abdul Razak, Penyelaras DUN Labu; Encik Shaiful Nizam bin Razali, Ketua Penolong Pegawai Daerah Seremban; serta Puan Cindy Usun Sigau, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Seremban bersama Cik Reena Nornisha binti Nordin, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Seremban mewakili Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Pejabat Daerah dan Tanah Seremban (PDTS), agensi-agensi kerajaan, Persatuan Malim Gunung Perhutanan Negeri Sembilan, Ketua-ketua Masyarakat, dan semua yang terlibat.
Sebahagian foto adalah kredit kepada Pejabat Daerah Dan Tanah Seremban
#TeamKBS #TeamJBSN
#JBSNKomited #MalaysiaMADANI
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
