- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 19
PERTANDINGAN BOLA TAMPAR ANTARA JABATAN DAN PETANQUE SEMPENA HARI KEPUTERAAN YANG KE 78 DYMM YANG DI PERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN TAHUN 2026
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 19
Tampin, 4 Februari 2026 (Rabu) - Telah berlangsung dengan jayanya Pertandingan Bola Tampar Antara Jabatan Dan Petanque Sempena Hari Keputeraan ke 78 DYMM Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan tahun 2026 bertempat di Kompleks Arena Dataran Tampin.
Pertandingan ini adalah anjuran Pejabat Daerah dan Tanah Tampin dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin telah di lantik sebagai penyelaras bagi mengendalikan acara sukan bola tampar antara jabatan.
Sebanyak 12 pasukan lelaki dan 12 pasukan wanita berentap bagi merebut gelaran juara. Pertandingan diserikan lagi dengan kehadiran YB Tuan Suhaimizan bin Bizar, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Gemencheh yang turut hadir bagi menyempurnakan majlis penutup pertandingan sekaligus menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Turut hadir memeriahkan majlis ialah YBhg Ustaz Mohamad Firdaus bin Rustam, Penyelaras DUN Gemas, En. Mohd Fadhil bin Hassan, Pegawai Daerah Tampin dan ketua serta wakil jabatan persekutuan dan negeri serta agensi.
Kejohanan pada kali ini dimenangi oleh Pasukan PDT Seremban bagi kategori lelaki manakala pasukan PSKPPNS bagi kategori wanita. Pasukan RISDA dan MBS selaku pemenang tempat kedua. Pasukan WOK VC dan IPD Tampin di tempat ketiga bersama bagi kategori lelaki manakala tempat ketiga bersama bagi kategori wanita dimenangi oleh pasukan JBSNS dan SEKATA ANGELS
Tahniah di ucapkan kepada semua pemenang.
#roadtoHSN2026
#JBSNBersama
#KBSMalaysia
#RakanMuda
#YakinBoleh
#teamJBSN9
#teampbsdtampin
