BENGKEL KEPIMPINAN BELIA - "PEMIMPIN UNGGUL, PERSATUAN GEMILANG" PERINGKAT DAERAH PORT DICKSON

Port Dickson, 31 Januari 2026 - Telah berlangsung Bengkel Kepimpian Belia - "Pemimpin Unggul, Persatuan Gemilang" Peringkat Daerah Port Dickson anjuran Gerakan Belia 4B (M) Cawangan SiRusa dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Port Dickson. Tujuan Bengkel ini dillaksanakan adalah untuk meningkatkan pengetahuan peserta mengenai asas pengurusan persatuan dan kelab-kelab serta melahirkan pemimpin belia yang berwawasan, berdaya saing dan bertanggungjawab.
Bengkel ini telah dihadiri oleh seramai hampir 40 orang peserta yang terdiri daripada pengurusan tertinggi dan ahli jawatankuasa Persatuan Belia, Sukan dan Rakan Muda yang berdaftar di Port Dickson.
Terdapat 4 slot ceramah yang telah dirancang secara langsung oleh Gerakan Belia 4B (M) Cawangan SiRusa dengan dikawal selia oleh Majlis Belia Daerah Port Dickson bagi memastikan Bengkel ini dilaksanakan dengan jayanya.
Jadual Bengkel yang dirancang ini telah melibatkan semua Pegawai Belia dan Sukan Daerah Port Dickson yang secara langsung telah dipecahkan kepada 4 pembentangan slot/module utama.
Bagi slot pertama, Pn Zuraidah Mat Ratin telah membentangkan module Panduan Penghantaran Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD) bagi memastikan Persatuan dan Kelab-kelab Belia memahami proses penghantaran MYKD secara online dan offline. Beliau juga membentangkan panduan Penyediaan Kertas Kerja lengkap yang boleh membantu Persatuan dan Kelab-kelab Belia, Sukan dan Rakan Muda menjadikan ia sebagai garis panduan bagi menyediakan kertas kerja kelak.
Slot kedua pula telah dibentangkan oleh Pn Siti Alifah binti Hamzah bagi module Panduan Penghantaran Maklumat Yang Kena Beri (MYKB) yang difokuskan kepada Persatuan dan Kelab-kelab Sukan serta maklumat lengkap mengenai dana bantuan yang disediakan oleh KBS seperti dana sukan, bantuan program dan geran padanan sukan bagi membantu semua Persatuan dan Kelab-kelab yang berdaftar dan aktif melaksanakan program yang telah dirancang bagi tahun 2026 ini.
Seterusnya, En Mohd Azam bin Zakaria telah mengambil alih slot ketiga dan membentangkan module Maklumat Yang Kena Hantar (MYKH@SRM) secara terperinci kepada Kelab-kelab Rakan Muda dan panduan penggunaan sistem Prolog - Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda yang memfokuskan kepada penglibatan Pemimpin khasnya.
Seterusnya En Mohd Faizal bin Mohd Arif telah merangkumkan secara lebih terperinci mengenai kesemua pembentangan module 1, 2 dan 3 di slot terakhir dan membuka sesi soal jawab bersama semua peserta yang hadir.
Diharap dengan pelaksanaan Bengkel ini akan memberi banyak manfaat dan menjawab segala persoalan yang membelenggu Persatuan dan Kelab-kelab Belia, Sukan dan Rakan Muda supaya berpeluang untuk bergerak lebih aktif pada tahun 2026 ini.
#JBSN
#JBSNBersama
#TeamPBSDPortDickson
#TeamKBS
#TeamJBSNS
#MBDPD
#GB4BCawanganSiRusa

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 25-03-2026, 08:57:50

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search