- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 42
BENGKEL PENGURUSAN MAJLIS : PROTOKOL & ETIKET SOSIAL
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 42
TAMPIN, 15 November 2025 – Bengkel Pengurusan Majlis : Protokol dan Etiket Sosial telah berjaya dianjurkan oleh Majlis Belia Daerah Tampin dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin yang berlangsung di Akademi Kecemerlangan Minda dan Fizikal, Felda Bukit Rokan Gemencheh.
Penglibatan seramai 50 orang peserta terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Majlis Belia Daerah Tampin serta Badan Gabungannya dan belia - belia setempat yang bertujuan meningkatkan kefahaman peserta mengenai tatacara pengurusan majlis rasmi, pengurusan tetamu kenamaan serta etiket sosial dalam pelbagai situasi profesional.
Pengisian bengkel ini telah disampaikan oleh Encik Abdul Quddus bin Nordin, Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan Unit Pengurusan Majlis Rasmi dan Protokol yang merangkumi pengenalan kepada struktur majlis rasmi, teknik menyusun atur tempat duduk mengikut hierarki, cara pengendalian VIP serta etiket sosial ketika menghadiri majlis formal. Peserta juga diberikan pembelajaran secara teori dan latihan praktikal yang mudah difahami.
Majlis penutup telah disempurnakan oleh Encik Mohd Rasdi bin Ahmaddani, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tampin. Turut hadir Encik Zarif Asyraf bin Norazmi, Pengerusi Majlis Belia Daerah Tampin. Semoga para peserta dapat memanfaatkan ilmu yang dipelajari dan dipraktikan. Ini kerana pengurusan majlis yang tersusun dan mematuhi protokol mencerminkan imej organisasi serta menunjukkan profesionalisme penganjur.
Majlis Belia Daerah Tampin
