- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 41
PAMERAN DAN PROMOSI PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH JEMPOL
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 41
SUNGAI LUI, 15 November 2025 - Telah berlangsungnya pameran dan promosi Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jempol bertempat di Dewan Terbuka Kampung Sungai Sampo, Sungai Lui pada hari ini.
Pameran diadakan sempena Jelajah Sukan Malaysia Aktif Komuniti Orang Asli yang telah berlangsung selama 2 hari bermula pada 14 November 2025 sehingga 15 November 2025 .
Aktiviti pameran yang diadakan adalah seperti mempromosikan program-program di bawah Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jempol, makluman dan cara penggunaan Sistem Tempahan Fasiliti (STF) KBS, hebahan pencarian sukarelawan di bawah Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jempol, mempromosi Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM), dan beberapa permainan menarik yang menguji minda para pemain.
Semoga dengan pameran dan promosi seperti ini dapat menarik minat anak-anak muda dan belia dalam menyertai program-program dan aktiviti-aktiviti di bawah Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jempol dan program-program peringkat daerah dan negeri.
#MalaysiaMadani
#JBSNbersama
#JBSN9
#pbsdjempol
#ARPRM
#pameran&promosi
#sukarelawanpbsdjempol
