- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 44
PROGRAM RAKAN MUZIK : PERTANDINGAN BATTLE OF THE BANDS PERINGKAT DAERAH JEMPOL TAHUN 2025
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 44
SUNGAI LUI, 14 November 2025 - Telah berlangsung Program Rakan Muzik : Pertandingan Battle OF The Bands Peringkat Daerah Jempol Tahun 2025 pada 14 November 2025 bertempat di Dewan Terbuka Kampung Sungai Sampo, Sungai Lui.
Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jempol dengan kerjasama Persatuan Pacuan Empat Roda Malaysia telah disertai oleh 5 kumpulan yang terdiri dari pelbagai daerah dan peringkat umur.
Majlis perasmian telah disampaikan oleh Yang Berhormat Dato' Mohd Razi bin Mohd Ali, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Lui diiringi Encik Nor Rashidi bin Ramdzan Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jempol, Encik Mohamad Khairul Nizam bin Mohd Ibrahim Khan Presiden Persatuan Pacuan Empat Roda Malaysia, Encik Tauw Fek bin Hj. Maslam Pegerusi MBFM Wilayah Raja Alias, dan Encik Roni bin Ban Pengerusi JPKK Kampung Sungai Sampo.
Barisan juri pertandingan dijemput khas dari kalangan artis berkumpulan yang terkenal di Malaysia iaitu Encik Mohammad Jeffry bin Johari (Vokalis Kumpulan Real XPDC) dan Encik Shahrin bin Sabuan (Drummer Kumpulan Jinbara). Keseluruhan pemenang telah diumumkan di mana kumpulan The Principal mendapat tempat Pertama, kumpulan D'Trainers mendapat tempat Kedua, kumpulan Diyams Band mendapat tempat Ketiga, kumpulan Greng Tasek mendapat tempat Keempat, dan kumpulan Last Minutes mendapat tempat Kelima.
Semoga program-program seperti ini sedikit sebanyak dapat menarik minat lebih ramai belia-belia dan peminat-peminat muzik tanah air untuk menyerlahkan bakat-bakat yang terpendam dan seterusnya dapat menonjolkan kehebatan masing-masing di atas pentas sambil bersaing secara sihat.
#MalaysiaMadani
#JBSNBersama
#TeamJBSN
#teamjbsn9
#pbsdjempol
#battleofthebands
