- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 44
PROGRAM SENAMAN WARGA EMAS AKTIF PERINGKAT DAERAH SEREMBAN 2025 (SIRI 6)
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 44
Sikamat, 12 November 2025 – Telah berlangsung Program Senaman Warga Emas Aktif Peringkat Daerah Seremban 2025 (Siri 6) yang telah diadakan di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Sikamat, Seremban. Program yang bermula seawal jam 7.30 pagi dengan pengisian senaman Tai Chi Qigong Shibashi. Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban dengan Rakan Strategik Kelab Senamrobik Sihat Harmoni bersama Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Sikamat, Seremban.
Program Senaman Warga Emas merupakan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di bawah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) adalah satu program berbentuk senaman atau sukan yang dibuat secara bersiri dilaksanakan bagi memberi peluang kepada warga emas berumur 60 tahun dan ke atas untuk terlibat dengan aktiviti sukan dan kecergasan secara berterusan dan konsisten sebagai pembudayaan sukan.
Turut hadir memeriahkan program pada pagi ini, Puan Chng Lee Tiang, Penyelia Aktiviti Warga Emas (PAWE) Sikamat, Cik Reena Nornisha binti Nordin dan Encik Mohd Khushairi bin Zainal wakil dari Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban.
Malaysia Aktif
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBS Negeri Sembilan
#JBSNBersama
#KBSMalaysia
#RakanMuda
#YakinBoleh
#teamJBSN9
#teampbsdseremban
