- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 60
PROGRAM MALAYSIA AKTIF @KOMUNITI 2025 PERINGKAT DAERAH SEREMBAN (SIRI 12) PENUTUP UNTUK TAHUN 2025.
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 60
Rasah, 12 November 2025 - Malaysia Aktif @ Komuniti adalah sebuah program kecergasan yang memfokuskan kepada aktiviti kecergasan iaitu senamrobik dan joging atau berlari. Program ini dianjurkan bagi menarik minat masyarakat untuk melibatkan diri dalam aktiviti kecergasan seterusnya dapat menerapkan budaya hidup aktif, cergas dan sihat dalam kehidupan seharian.
Telah berlangsung Program Malaysia Aktif @Komuniti 2025 Peringkat Daerah Seremban (Siri 12) iaitu siri terakhir bagi tahun ini telah di Markas 1 Bridged Kem Rasah pada jam 8.00 pagi tadi. Program ini adalah anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban dengan kerjasama Kelab Senamrobik Lindalin. Pelaksanaan program Malaysia Aktif @ Komuniti juga menjadi sebagai pemangkin dalam mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi semua lapisan masyarakat disamping meningkatkan kesedaran masyarakat untuk menjalani gaya hidup cergas dan menyemai budaya gaya hidup aktif melalui aktiviti kecergasan.
Program ini di meriahkan dengan kehadiran Leftenan Kolonel Mohd Redzuan bin Osman, Ketua Skuadron Semboyan Briged Pertama Infantri dan Puan Fairuz binti Mohamad Nor, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Seremban serta barisan jurulatih daripada Kelab Senamrobik Lindalin.
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBS Negeri Sembilan
#teamKBS
#teamJBSN
#teamjbsn9
#YakinBoleh
#teampbsdseremban
#malaysiaaktif@komunitiseremban2025
