PROGRAM RAKAN EKSPRESI: SKRIN BESAR RAKAN MUDA TAYANGAN FILEM MECHAMATO PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 2025

Gemencheh, 19 Oktober 2025 (Ahad) - Telah berlangsung Program Rakan Ekspresi: Skrin Besar Rakan Muda Tayangan Filem Mechamato di Dataran Mini Gemencheh, Tampin.
Program ini merupakan suatu program yang diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada rakyat Malaysia menonton filem yang berkonsepkan perpaduan dan kemasyarakatan di skrin besar yang disediakan bersama komuniti setempat.
Program kali ini dirasmikan oleh Yang Berusaha Encik Ahmad Syariffuddin bin Sarmin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan. Hadir sama pada program kali ini ialah Encik Azmee Amar Azwan bin Mostapa, Pegawai Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Encik Mohd Rasdi bin Ahmaddani, Pegawai Belia dan Sukan daerah Tampin, ketua-ketua jabatan diperingkat daerah dan penduduk setempat.
Selain dari tayangan filem, program ini turut dimeriahkan lagi dengan aktiviti cabutan bertuah yang menawarkan tujuh puluh tiga (73) hadiah pelbagai jenis barangan.
Program yang melibatkan enam ratus (600) orang penonton ini turut mendapat sokongan yang kuat dari rakan kerjasama dari pelbagai agensi seperti Majlis Daerah Tampin, Pejabat Belia dan Sukan daerah Tampin dan Pejabat Kemas daerah Tampin.
Semoga program yang dapat memberi impak kepada masyarakat berbilang kaum serta memperkukuhkan perpaduan seperti ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang.
#teamkbs
#teamjbsn
#teamjbsn9
#rakanmuda
#rakanekspresi

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search