KEJOHANAN PING PONG 1000 LIGA REMBAU 2025 BERAKHIR DENGAN AKSI MENDEBAR DAN SEMANGAT JUANG TINGGI

REMBAU, 19 Oktober 2025 (Ahad) – Dewan Biduanda, SMK Dato’ Sedia Raja bergema dengan sorakan dan dentuman bola apabila berlangsungnya Pertandingan Ping Pong Program 1000 Liga Peringkat Daerah Rembau 2025, yang menyajikan aksi penuh mendebarkan serta semangat juang tinggi dalam kalangan para peserta.
Sebanyak 48 peserta berentap dalam suasana penuh persaingan sihat dan semangat kesukanan. Program ini dianjurkan dengan kerjasama Kelab Sukan Rekreasi Ekstrem Rembau (RESREC) dan Ghombau Table Tennis Club (GTTC) yang memainkan peranan penting memastikan perjalanan kejohanan berjalan lancar dan meriah.
Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh En. Kajurin @ Kaddly bin Ujin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Rembau bersama Tn. Hj. Abd Latif bin Alias, Pengerusi Ghombau Table Tennis Club (GTTC). Kehadiran mereka turut menyuntik motivasi kepada peserta yang berjuang habis-habisan hingga ke perlawanan akhir.
Acara ini menjadi penutup gemilang kepada lima siri acara sukan di bawah Program 1000 Liga Peringkat Daerah Rembau 2025, sekali gus menyerlahkan semangat kesukanan, kebersamaan dan kekuatan komuniti dalam menjayakan agenda sukan di peringkat akar umbi.
#1000Liga
#MalaysiaAktif
#RembauAktif
#TeamKBS
#PBSDRembau
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBS Negeri Sembilan

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search