- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 36
"CHAIROBIC" MERIAHKAN PROGRAM SENAMAN WARGA EMAS SIRI 2
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 36
REMBAU, 16 Oktober 2025 (Selasa) – Suasana ceria dan penuh semangat mewarnai Program Senaman Warga Emas Siri 2 Peringkat Daerah Rembau 2025 yang berlangsung di Gelanggang Futsal Dataran Rembau.
Program yang bermula seawal jam 8.30 pagi itu menampilkan aktiviti senaman duduk khas (chairobic) untuk warga emas, bertujuan meningkatkan kecergasan, kesihatan sendi serta kesejahteraan minda.
Anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Rembau dengan kerjasama Kelab Sukan Kecergasan Fit Aero dan Pusat Aktiviti Warga Emas Daerah Rembau, program ini turut menjadi platform menggalakkan warga emas kekal aktif dan bersosial dalam suasana positif.
Para peserta menunjukkan semangat tinggi dan menikmati sesi senaman yang menyeronokkan sepanjang program berlangsung.
#MalaysiaAktif
#RembauAktif
#TeamKBS
#SenamanWargaEmas
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBS Negeri Sembilan
