- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 87
PROGRAM MOBILE LEGEND BATTLE OF ETERNITY 2025 PERINGKAT DAERAH TAMPIN
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 87
Tampin, 4 Oktober 2025 (Sabtu) - Rakan Digital adalah salah satu daripada Gaya Hidup Rakan Muda yang diperkasakan oleh Kementerian Belia dan Sukan agar belia-belia dapat menguasai dunia digital dengan latihan dan pertandingan yang dianjurkan oleh pelbagai pihak khasnya pejabat belia dan sukan daerah masing-masing.
Bertempat di Dewan Bestari Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Syed Idrus , sebanyak 14 kumpulan dari sekitar daerah Tampin menyahut cabaran untuk merebut gelaran Johan pertandingan pada kali ini.Peserta pertandingan juga terdiri dari pelajar sekolah,ahli Kelab Rakan Muda Pekan Tampin dan ahli dari MIYC Tampin.
Kumpulan NSP (Negeri Sembilan Palembang) dari SMK Tunku Syed Idrus Tampin telah menjadi Johan keseluruhan. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Encik Hairulnizam bin Maarof Guru Penolong Kanan Pentadbiran SMK Tun Syed Idrus dan Encik Mohd Rasdi bin Ahmaddani Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tampin
Rakan Muda Rakan Digital.
#teamKBS
#teamJBSN
#teamJBSN9
#rakanmuda
#teampbsdtampin
