- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 91
SENAMAN WARGA EMAS AKTIF TAHUN 2025 DAERAH SEREMBAN (SIRI 1) MEMERIAHKAN LAGI FUN WALK KARNIVAL WARGA EMAS SEMPENA SAMBUTAN HARI WARGA EMAS PERINGKAT KEBANGSAAN 2025.
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 91
04 OKTOBER 2025, PAROI - Program yang melatih warga emas untuk kekal aktif, sihat dan menjadikan aktiviti sukan dan kecergasan sebagai budaya hidup serta membina jaringan hubungan bagi mengukuhkan lagi kerjasama dan perpaduan dalam kalangan warga emas dengan agensi berkaitan serta masyarakat dan penggiat kecergasan komuniti.
Telah berlangsung Senaman Warga Emas Aktif Tahun 2025 Daerah Seremban (Siri 1) sebagai pembuka acara sesi pemanasan badan sebelum Fun Walk Karnival Warga Emas sempena Sambutan Hari Warga Emas Peringkat Kebangsaan 2025 berlangsung pada pagi tadi yang melibatkan lebih 1000 orang peserta. Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban bersama Rakan Strategik Kelab Senamrobik Sihat Harmoni dan Rakan Pengelola Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Seremban.
Aktiviti senamrobik dikendalikan oleh jurulatih daripada Persatuan Kecergasan Negeri Sembilan yang dijemput melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Seremban.
Program ini dimeriahkankan lagi dengan kehadiran YB Dato’ Puan Noorzunita Begum Mohd Ibrahim, Exco Wanita, Keluarga dan Masyarakat Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan, YBhg. Datuk Che Murad Sayang bin Ramjan, Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat dan Encik Muhammad Yusry bin Che Dah, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan.
Program Senaman Warga Emas Aktif Tahun 2025 merupakan satu usaha kerajaan mempromosikan sukan kecergasan dalam kalangan warga emas dan menjadikan gaya hidup aktif sebagai budaya hidup dan ingin melihat masyarakat dalam kalangan warga emas juga mendapat kesaksamaan dan keadilan sosial melalui aktiviti sukan dan kecergasan.
#Teampbsdseremban
#TeamJBSN9
#TeamJBSN
#yakinboleh
#SenamanWargaEmasAktifTahun2025DaerahSeremban
