- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 19
πππ π½ππππΌ @ ππΌππΌπ πππππΌπππ ππππππππΌπ πΏπΌπππΌπ ππππ πΏππΎππππ ππΌπππ 2025
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 19
PORT DICKSON, 30 SEPTEMBER 2025 - Telah berlangsung Kem Belia @ Rakan Prihatin Peringkat Daerah Port Dickson Tahun 2025 yang telah dilaksanakan selama 3 hari 2 malam bermula pada 28 September sehingga 30 September. Seramai 50 orang peserta terpilih mewakili SMK Kg Baru SiRusa, SMK Pasir Panjang dan SMK Intan Perdana yang #terdiri daripada 34 pelajar lelaki dan 16 pelajar perempuan bertempat di PD Forest, Sg. Menyala.
Program ini diadakan bertujuan bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan belia berhubung matlamat hidup dan tanggungjawab terhadap diri, keluarga, agama, bangsa dan negara serta memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan belia selaras dengan matlamat pembangunan belia positif (8C).
Mengikut kajian oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES), Belia Positif 8C adalah satu daripada enam mekanisme penilaian dalam Dasar Belia Malaysia (DBM), yang bertujuan untuk menilai dan memantau pembangunan belia di Malaysia.
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Puan Junaine binti Mohamad, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan. Turut hadir Encik Mohd Faizal bin Mohd Arif, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Port Dickson, wakil- wakil Pengetua daripada SMK Kg Baru SiRusa, SMK Pasir Panjang, SMK Intan Perdana serta Saudara Khairi bin Kamaruddin, Ketua Cawangan 4B (M) Kg Baru SiRusa.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cawangan 4B (M) Kg Baru SiRusa yang menjadi rakan strategik program dengan dibantu oleh barisan urusetia, fasilitator serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau pun tidak langsung dalam menjayakan Kem Belia kali ini.
Semoga dengan berlangsungnya program seperti ini dapat mencapai objektif yang dirancang sekaligus membantu para belia untuk terus berjaya. Semoga program ini dapat diteruskan lagi di masa hadapan bagi memberi manfaat kepada para belia di daerah Port Dickson khasnya.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#TeamJBSN9
#JBSNbersama
#PBSDPortDickson