YTM TUNKU BESAR TAMPIN MENCEMAR KAUS KE PROGRAM MALAYSIA AKTIF @ KOMUNITI PERINGKAT DAERAH TAMPIN 2025 (SIRI 12)

TAMPIN, 30 September 2025 (Selasa) - Telah berlangsung Program Malaysia Aktif @ Komuniti Peringkat Daerah Tampin 2025 (Siri 12) bertempat di Tampin Water Park. Program ini adalah anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin bersama Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Tampin dan Kelab Sukan Kecergasan Ina Moncheh.
Program Malaysia Aktif @ Komuniti adalah sebuah program kecergasan yang memfokuskan kepada aktiviti kecergasan. Program ini dianjurkan bagi menarik minat masyarakat untuk melibatkan diri dalam aktiviti kecergasan seterusnya dapat menerapkan budaya hidup aktif, cergas dan sihat dalam kehidupan seharian.
YTM Tunku Syed Razman Ibni Al-Marhum Tunku Syed Idrus Al-Qadri, YTM Tunku Besar Tampin telah mencemar kaus untuk bersama-sama hadir ke program ini seawal jam 8.30 pagi. Turut hadir bersama ialah Tuan Mohd Fadhil Bin Hassan, Pegawai Daerah Tampin, YDH Supt. Amiruddien Bin Sariman, Ketua Polis Daerah Tampin, Puan Nairul Nabilah binti Ab Latif, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tampin serta Ketua-Ketua dan wakil Jabatan Persekutuan dan Negeri.
Penganjuran pada siri kali ini adalah bersempena dengan Program Fun Hike Merdeka Gunung Tampin Sempena Program Hari Kebagsaan 2025 Peringkat Daerah Tampin anjuran Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Tampin.
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBS Negeri Sembilan
#JBSNBersama #RoadToHSN2025
#KBSMalaysia
#RakanMuda
#YakinBoleh
#teamJBSN9
#teampbsdtampin

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search