PROGRAM GENTA PEMERKASAAN EKONOMI BELIA PERINGKAT NEGERI SEMBILAN TAHUN 2025

SEREMBAN, 28 September 2025 - Telah berlansungnya 'My Future Jobs Youth Career Fest 2025' sempena Program Genta Pemerkasaan Ekonomi Belia Peringkat Negeri Sembilan. Program telah diadakan di ballroom Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan.
Program ini adalah merupakan kerjasama dengan pihak Perkeso Negeri Sembilan dengan menawarkan peluang pekerjaan kepada golongan belia yang mencari pekerjaan. Sebanyak 20 syarikat ternama yang telah mengambil bahagian dalam menawarkan peluang pekerjaan seperti dari Air Asia, MAS, Astro, Samsung Malaysia, dan A&W.
Seramai lebih kurang 600 orang telah hadir untuk sesi temuduga tersebut dan seramai 130 orang telah berjaya. Pelajar dari Kolej Vokasional Ampangan seramai 40 orang juga telah dijemput bagi memberi pendedahan kepada mereka berkenaan peluang-peluang perkerjaan yang ada oleh pihak Perkeso.

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search