𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗞𝗘𝗠 𝗕𝗘𝗟𝗜𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗝𝗘𝗠𝗣𝗢𝗟 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟱

SERTING, 28 September 2025 - Telah berlangsung Program Kem Belia Peringkat Daerah Jempol Tahun 2025 selama 3 hari 2 malam bermula pada 26 September hingga 28 September 2025 bertempat di Berhulu Camp, Serting Ulu.
Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jempol dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Jempol, dan Pejabat Pendidikan Daerah Jempol & Jelebu telah disertai oleh 50 orang pelajar sekolah menengah di seluruh sekolah Daerah Jempol yang berumur di antara 13 hingga 16 tahun.
Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program ini berlangsung adalah seperti sesi taklimat dan suai kenal, belajar cara memasang khemah, taklimat berkaitan forensik kendiri dari penceramah jemputan, aktiviti khidmat masyarakat, perkongsian kisah ikon belia Jempol, taklimat belia tolak ekstremisme dari pihak PDRM, mendaki bukit beruang, berkongsi dan memperkenalkan persatuan Majlis Belia Daerah Jempol dan badan-badan gabungan, taklimat Jangan Ambil! dari pihak AADK Daerah Jempol, dan taklimat Pit Stop Minda Sihat dari pihak Pejabat Kesihatan Daerah Jempol.
Majlis penutup telah disampaikan oleh Tuan Anuar bin Rahim Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Jempol & Jelebu, sektor pembangunan murid diiringi Puan Ain Anati binti Ali wakil Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, dan Encik Faizal bin Otthman Pengerusi Majlis Belia Daerah Jempol.
Semoga program ini sedikit sebanyak dapat membantu pelajar-pelajar mempelajari ilmu-ilmu yang baru, dapat menimba pengalaman dengan pelbagai aktiviti yang disediakan, dan seterusnya dapat melahirkan pemimpin-pemimpin yang baru dan hebat di Daerah Jempol.
#MalaysiaMadani
#JBSNBersama
#TeamJBSN
#teamjbsn9
#pbsdjempol
#ppdjempol&jelebu
#mbdjempol
#kembeliajempol2025

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search