PROGRAM TAMPIN HALF CENTURY RIDE 2025

TAMPIN, 27 September 2025 (Sabtu) – Telah berlangsung Program Tampin Half Century Ride 2025. Program ini adalah anjuran Persatuan Berbasikal Daerah Tampin (TCA) dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin dan Majlis Daerah Tampin.
Program di bawah suntikan Geran Padanan Sukan (GPS) Kementerian Belia dan Sukan ini berlangsung di Akademi Kecemerlangan Minda dan Fizikal (AKAL), Felda Bukit Rokan, Gemencheh, Negeri Sembilan Darul Khusus. Seawal jam 7.00 pagi seramai 248 orang peserta yang melibatkan 12 kategori mengikut jantina dan peringkat umur telah dipertandingkan bagi menarik pelumba dari pelbagai kelab berbasikal dalam dan luar negeri.
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh En. Rosdi bin Pilus, Penolong Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan. Turut hadir bersama ialah DSP / PB Tuan Ismail bin Sulaiman, Kem Komandan Akademi Kecemerlangan Minda Dan Fizikal (AKAL) Felda Bukit Rokan, ASP Tuan Mohd Rodzi bin Masaat, Ketua Polis Balai Gemas, SM Tuan Kamaruzaman bin Abu Shah, Ketua Polis Balai Gemencheh dan En. Saiful Adly bin Hj. Abd Wahab, Presiden Persatuan Berbasikal Daerah Tampin.
Jawatankuasa pengelola mengucapkan ribuan terima kasih atas khidmat Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin, Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Tampin, JKR Daerah Tampin, Akademi Kecemerlangan Minda dan Fizikal (AKAL) Felda Bukit Rokan dan Hospital Daerah Tampin dalam membantu kelancaran dan keselamatan sepanjang kejohanan ini.
Tahniah di ucapkan kepada para pemenang.
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBS Negeri Sembilan
#JBSNBersama #RoadToHSN2025
#KBSMalaysia
#RakanMuda
#YakinBoleh
#teamJBSN9
#teampbsdtampin

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search