PROGRAM LITERASI KEWANGAN BELIA PERINGKAT DAERAH SEREMBAN 2025

Tarikh: 27 September 2025 (Sabtu)
Tempat: Kolej Tingkatan 6 Tuanku Muhriz, Seremban
Seramai 76 orang peserta telah menyertai Program Literasi Kewangan Belia Peringkat Daerah Seremban 2025. Program ini memfokuskan tentang asas pengurusan kewangan peribadi seperti bajet, simpanan, pelaburan dan pengurusan hutang serta meningkatkan kesedaran belia terhadap kepentingan perancangan kewangan jangka panjang. Program yang sangat bermanfaat ini dianjurkan dengan kerjasama Financial Education Network (FEN), Bank Negara Malaysia dan penceramah terdiri daripada ahli FEN iaitu Permodalan Nasional Berhad (PNB), Malaysia Takaful Association (MTA), Financial Planning Of Association(FPAM) dan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB).
Majlis penutup disempurnakan oleh Datin Sri Hajah Nurul Hidayah Sheah bt Abdullah, Pengetua Kolej Tingkatan 6 Tuanku Muhriz dan turut dihadiri oleh Pn. Cindy Usun Sigau, Pegawai Belia & Sukan Daerah Seremban, Pn. Suhaily bt Md. Nor, General Takaful MTA, Pn. Hjh Raba’a bt Arshad, GPK Kolej Tingkatan 6 Tuanku Muhriz, Pn. Salina Abdullah, dari FPAM dan Pn. Alina Abdul Aziz, Pegawai pemantau dari Jabatan Belia & Sukan Negara.
#teampbsdseremban
#teamjbsn9
#TeamJBSN
#belia.my

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search