PROGRAM RAKAN PRIHATIN @ HARI CUCI MALAYSIA PERINGKAT JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI SEMBILAN TAHUN 2025

SEREMBAN 27 September 2025.- Telah berlansung Program Rakan Prihatin @ Hari Cuci Malaysia Peringkat Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sembilan Tahun 2025. Program telah diadakan di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Kombes Paroi.
Seperti sedia maklum kerajaan telah menetapkan Hari Sabtu terakhir bulan September setiap tahun sebagai Hari Cuci Malaysia (HCM) yang diterajui oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), selaras dengan World Clean Up Day anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Bagi tahun 2025, HCM dilaksanakan dengan pelbagai aktiviti dan antaranya adalah aktiviti gotong-royong mega serentak di seluruh negara dengan sasaran penyertaan 100,000 orang.
Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan Encik Ahmad Syariffuddin bin Sarmin bersama kakitangan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan dan Akademi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson telah bersama dalam menjayakan program
pada hari ini.
Sesi pemanasan badan dimulakan dengan aktiviti senamrobik dan seterusnya aktiviti pembersihan sekitar Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan Paroi. Program telah mendapat kerjasama yang baik dari semua kakitangan jabatan serta kakitangan dari syarikat pembersihan di KOMBES.
#TeamKBS
#HariCuciMalaysia
#RakanMuda
#WorldCleanupDay2025
#KitaJagaAlam
#MalaysiaMadani
#RakanPrihatin
#SukarelawanMuda
#KBSPrihatin

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search