- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 15
MALAYSIA AKTIF @ KOMUNITI 2025 DAERAH JELEBU
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 15
JELEBU, 27 SEPTEMBER - Telah berlangsung Program Malaysia Aktif @ Komuniti 2025 Siri 11 Daerah Jelebu bersempena Program SKUAD Antidadah Siri 3/2025 dengan kerjasama AADK Jelebu bertempat di SMK Dato’ Undang Syed Ali Al-Jufri.
Malaysia Aktif @ Komuniti adalah sebuah program kecergasan yang memfokuskan kepada aktiviti kecergasan iaitu senamrobik dan joging / berlari. Program ini dianjurkan bagi menarik minat masyarakat untuk melibatkan diri dalam aktiviti kecergasan seterusnya dapat menerapkan budaya hidup aktif, cergas dan sihat dalam kehidupan seharian.
Pelaksanaan program Malaysia Aktif @ Komuniti juga menjadi sebagai pemangkin dalam mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi semua lapisan masyarakat disamping meningkatkan kesedaran masyarakat untuk menjalani gaya hidup cergas dan menyemai budaya gaya hidup aktif melalui aktiviti kecergasan.
Turut hadir pada program ini adalah Puan Nurfaizatul Huda Binti Ahmad Pegawai AADK Jelebu dan Encik Muhammad Ismail Bin Mohd Zohri Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jelebu. Semoga program sebegini dapat memberi peluang kepada masyarakat untuk mengamal dan mengekalkan gaya hidup sihat dan aktif.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#TeamJBSN9
#JBSNBersama
#PBSDJelebu