- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 15
MAJLIS PERASMIAN PENUTUP PROGRAM KEMAHIRAN LATIHAN ASAS SUKAN (KLAS) RENANG PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 2025 (FASA 2) DAERAH TAMPIN
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 15
Tampin, 26 September 2025 (Jumaat) - Majlis Perasmian Penutup Program Kemahiran Latihan Asas Sukan (KLAS) Renang Peringkat Negeri Sembilan 2025 (Fasa 2) Daerah Tampin telah berlangsung di Tampin Water Park. Program anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan melalui Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin dengan kerjasama Negeri Sembilan Finswimming Association (NSFA).
Program ini telah bermula dari 4 September 2025 dan berakhir pada 26 September 2025 (6 sesi). Seramai 40 orang peserta berumur 6 hingga 12 tahun telah berjaya menamatkan sesi pembelajaran asas renang ini.
Majlis Penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Puan Siti Suhana binti Mohd Daralsalam, Pegawai Kecergasan Nasional, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan. Turut hadir bersama ialah En. Danial Ashraf Satyaganesh bin M Rajendran, Ketua Jurulatih Ocean Raiders Dive Academy (ORDA) dan En. Jasnie bin Abd Rahman dari Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin.
Tahniah di ucapkan kepada para peserta.
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBS Negeri Sembilan
#JBSNBersama #RoadToHSN2025
#KBSMalaysia
#RakanMuda
#YakinBoleh
#teamJBSN9
#teampbsdtampin