- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 44
MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT NEGERI SEMBILAN TAHUN 2025
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 44
SEREMBAN, 25 September 2025 – Mesyuarat Jawatankuasa Induk Hari Sukan Negara 2025 (HSN2025) Peringkat Negeri Sembilan telah diadakan di Wisma Negeri, Negeri Sembilan.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YB. Dato’ Haji Mustapha Nagoor, EXCO Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan.
HSN peringkat Negeri Sembilan ini akan disambut di D’Tempat Country Club, Bandar Seri Sendayan dengan matlamat memperkukuh pembudayaan sukan, membina masyarakat sihat, cergas, bersatu padu dan berdaya saing serta seiring aspirasi Malaysia MADANI.
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan berharap semua rakan strategik akan berganding bahu dalam menjayakan pelaksanaan HSN peringkat Negeri Sembilan 2025.
#HSN2025
#MALAYSIAAKTIF
#TeamKBS
#DemiMalaysia
#teamjbsn9
#MalaysiaMADANI