- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 16
Majlis Perasmian Liga Sukan Komuniti Peringkat Kebangsaan 2025 di Sports Arena UNITEN
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 16
26 September 2025, Bangi, Selangor — Kejohanan Liga Sukan Komuniti (LSK) Peringkat Kebangsaan 2025 telah dibuka dengan rasminya dalam satu majlis yang penuh semangat pada 26 September 2025 (Jumaat) bertempat di Sports Arena UNITEN.
Majlis perasmian disempurnakan oleh Puan Azura binti Abidin, Ketua Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negara. Turut hadir Encik Abd Aziz bin Abd Rahman, Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan di Jabatan Belia dan Sukan Negara, Encik Nizam bin Ismail, Pengarah Cawangan Penggalakan dan Pembangunan Sukan, Bahagian Pembangunan Sukan dan pengarah-pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri.
Dalam ucapannya, Puan Azura menyatakan bahawa program Liga Sukan Komuniti ini bukan sahaja menjadi medan persaingan sukan tetapi juga platform perpaduan komuniti, pengesanan bakat akar umbi serta penggalakan gaya hidup sihat di kalangan rakyat pelbagai lapisan usia.
Acara sukan yang dipertandingkan sepanjang kejohanan ini adalah:
* Sepak Takraw
* Bola Jaring
* Ping Pong
Semua acara yang dipertandingkan melibatkan atlit dari semua negeri serta dari pelbagai latarbelakang umur dan bangsa. Majlis perasmian turut diserikan dengan persembahan kebudayaan dan pertunjukan sorak dari pasukan penyokong negeri. Kejohanan ini akan berlangsung selama tiga hari dan dijangka berlaku pelawanan serta aksi sengit antara pasukan yang bertanding.