- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 12
MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM AKTIF EKSPRESS 2025 DAERAH PORT DICKSON
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 12
Port Dickson, 11 September – Mesyuarat Penyelarasan Program Aktif Ekspress 2025 Daerah Port Dickson telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Port Dickson. Mesyuarat penyelarasan bagi program yang bakal dianjurkan oleh PBSD Port Dickson bersama rakan strategik, Kelab Gimnasium Rakyat Port Dickson ini telah dipengerusikan oleh Encik Mohd Faizal bin Mohd Arif, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Port Dickson.
Mesyuarat telah dihadiri oleh Encik Firdaus Lokmanalhakim selaku Bendahari Kelab Gimnasium Rakyat Port Dickson, Cik Nurul Aisyiqin Ahmad Kamal dari Kolej UNITI Port Dickson, Puan Siti Fauziah Jaafar dan Puan Zarina Harun dari KEFA Aerofitt Sports Club, Encik Khairi Kamaruddin dan Cik Khairina Kamaruddin dari Majlis Belia Daerah Port Dickson. Mesyuarat diadakan bagi membincangkan pelaksanaan Program Aktif Ekspress 2025 Daerah Port Dickson yang menyasarkan penyertaan seramai 100 orang wanita berumur 18 hingga 30 tahun. Antara agenda utama yang dibentangkan termasuklah penetapan tarikh program, pemilihan lokasi pelaksanaan, serta pengisian aktiviti yang merangkumi asas pendidikan kesihatan dan aktiviti kecergasan fizikal.
Dalam ucapannya, Encik Mohd Faizal menekankan kepentingan program ini sebagai satu platform untuk memperkasa golongan wanita muda dalam mengamalkan gaya hidup sihat. Beliau turut menyatakan bahawa pengisian program akan memberi tumpuan kepada kesedaran kesihatan dan penglibatan aktif dalam aktiviti fizikal yang berterusan. Menurut beliau, PBSD Port Dickson komited untuk memastikan Program Aktif Ekspress 2025 Daerah Port Dickson ini dapat dilaksanakan sebagai usaha mendekati komuniti serta memberi manfaat kepada golongan sasaran. “Kita berharap program ini dapat menjadi pencetus kesedaran kepada anak muda khususnya golongan wanita untuk menjadikan kesihatan dan kecergasan sebagai amalan gaya hidup sihat,” ujarnya.
Program Aktif Ekspress merupakan salah satu inisiatif pembangunan komuniti oleh pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang selaras dengan usaha kerajaan untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat melalui pendidikan kesihatan dan kecergasan. Hasil mesyuarat menyaksikan persetujuan semua pihak yang terlibat untuk bekerjasama memastikan kejayaan penganjuran program tersebut.
Turut hadir dalam mesyuarat ialah Puan Siti Alifah Hamzah selaku Pegawai Penyelaras Program dari PBSD Port Dickson.
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia JBS Negeri Sembilan
Kolej UNITI, Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia. KEFA Group Official Majlis Belia Daerah Port Dickson
#JBSN #JBSNBersama #RoadToHSN2025
#TeamPBSDPortDickson #TeamUnitSukan
#TeamKBS #TeamJBSNS
#YakinBoleh #RakanMuda
#AktifEkspress2025PD #RakanAktif