MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL ACARA HARI SUKAN NEGARA 2025 (HSN25) PERINGKAT DAERAH JELEBU

JELEBU, 10 SEPTEMBER– Telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Acara sempena Sambutan Hari Sukan Negara 2025 (HSN25) Peringkat Daerah Jelebu pada hari ini bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Jelebu. Mesyuarat tersebut bertujuan memastikan kelancaran penganjuran pelbagai acara sukan yang bakal memeriahkan sambutan tahun ini.
Dalam mesyuarat tersebut, beberapa acara sukan utama telah dibincangkan dan diperkukuh dari segi pengurusan, logistik, serta keselamatan peserta. Antara acara yang akan diadakan pada sambutan adalah seperti berikut :
• Larian Ria Madani
• Pertandingan Bola Sepak
• Pertandingan Tarik Tali
• Pertandingan Bola Jaring 3x3
• Pertandingan Petanque
Selain itu, beberapa aktiviti berbentuk “mari mencuba” turut dirancang untuk memberi peluang kepada masyarakat mencuba sukan baharu, iaitu:
• Mari Mencuba Memanah
• Mari Mencuba Pickleball
• Mari Mencuba Penalty Shoot-out
• Amazing Fit Challenge
Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Noorulhuda Bin Haji Abdul Rahman Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jelebu. Kerjasama semua pihak adalah penting bagi memastikan penganjuran berjalan lancar dan mencapai objektif Hari Sukan Negara sebagai platform memupuk gaya hidup sihat dan semangat kesukanan dalam kalangan komuniti setempat. Sambutan HSN25 Peringkat Daerah Jelebu dijangka menarik penyertaan ramai penduduk setempat serta menyemarakkan budaya bersukan di peringkat akar umbi.
#HSN
#MalaysiaAktif
#TeamKBS
#TeamJBSN
#TeamJBSN9
#JBSNbersama
#TeamPBSDJelebu

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search