PERTANDINGAN CATUR PROGRAM 1000 LIGA DAERAH PORT DICKSON 2025

Port Dickson, 10 September 2025 – Pertandingan Catur Program 1000 Liga Daerah Port Dickson 2025 telah dianjurkan dengan jayanya pada 10 September 2025 bertempat di Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan (SK) Kampong Gelam, Port Dickson. Pertandingan catur ini menjadi platform penting dalam menggalakkan penglibatan belia serta pelajar sekolah terhadap sukan minda yang berupaya membentuk daya fikir kreatif dan strategi yang tinggi.
Pertandingan anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Port Dickson dengan kerjasama PD United Football Club, serta rakan pelaksana Persatuan Catur Daerah Port Dickson dan SK Kampong Gelam ini berjaya menarik penyertaan seramai 90 orang peserta terdiri daripada murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah di sekitar daerah Port Dickson. Sesi pertandingan dimulakan dengan taklimat daripada Ketua Arbiter yang menerangkan peraturan am dan teknikal pertandingan. Pertandingan dijalankan secara liga individu dalam lima pusingan, menyaksikan persaingan sengit dalam kalangan peserta muda yang berbakat.
Majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Mohd Faizal bin Mohd Arif, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Port Dickson. Dalam ucapan ringkas beliau, beliau merakamkan penghargaan kepada pihak SK Kampong Gelam atas kesudian menjadi tuan rumah serta komitmen dalam menjayakan program ini. Beliau turut menyampaikan tahniah kepada semua pemenang dan memberikan semangat kepada para peserta untuk terus mengasah bakat serta menyertai pertandingan catur di peringkat lebih tinggi pada masa akan datang. Encik Mohd Faizal Mohd Arif juga telah menyampaikan sijil penghargaan kepada Encik Helmi Abd Hamid, Guru Besar SK Kampong Gelam sebagai tanda terima kasih atas keberjayaan pelaksanaan program ini.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah Puan Soufiah, Guru Penolong Kanan (GPK) SK kampong Gelam; Encik Ramesh, Pengerusi Persatuan Catur Daerah Rompin; Puan Siti Alifah Hamzah dari PBSD Port Dickson serta barisan guru-guru SK Kampong Gelam dan guru-guru pengiring yang lain.
Pertandingan ini bukan sahaja menjadi medan mencungkil bakat baharu dalam sukan catur, malah turut menyokong usaha pembangunan sukan minda dalam kalangan pelajar sekolah dan para belia di daerah ini.
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia JBS Negeri Sembilan
PD united #PersatuanCaturPD #SKKG
#JBSN #JBSNBersama #RoadToHSN2025
#TeamPBSDPortDickson #TeamUnitSukan
#TeamKBS #TeamJBSNS
#YakinBoleh #RakanMuda
#Catur #1000Liga #HSN2025PD

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search