- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 5
PROGRAM MALAYSIA AKTIF @KOMUNITI 2025 PERINGKAT DAERAH SEREMBAN (SIRI 8 )
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 5
10 September 2025, Paroi – Seawal jam 7.30 pagi tadi telah berlangsung Program Malaysia Aktif @Komuniti 2025 Peringkat Daerah Seremban (Siri 8 ) bertempat di Pentas Terbuka Kompleks Belia dan Sukan Paroi. Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban ini dengan kerjasama rakan strategik Persatuan Senamrobik Lindalin.
Program yang memberikan peluang kepada setiap lapisan masyarakat di seluruh negara untuk melibatkan diri di dalam aktiviti kecergasan yang membawa manfaat dari aspek kesihatan dan perpaduan serta menyemai budaya gaya hidup aktif melalui aktiviti kecergasan seperti senamrobik, dan berjoging ataupun berlari.
Program pada kali ini melibatkan penyertaan daripada Markas 1 Briged Infantri, Kem Rasah seramai 60 orang peserta. Program telah diserikan lagi dengan kehadiran Puan Cindy Usun Sigau, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Seremban yang turut bersama-sama sepanjang program berlangsung.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Markas 1 Briged Infantri, Kem Rasah dan Kelab Senamrobik Lindalin dan setiap individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program pada kali ini.
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBS Negeri Sembilan
#teamKBS
#teamJBSN
#teamjbsn9
#YakinBoleh
#teampbsdseremban
#malaysiaaktif@komunitiseremban2025