- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 32
PROGRAM BATTLE OF THE BAND RAKAN MUDA 2025 PERINGKAT DAERAH TAMPIN
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 32
Tampin, 6 September 2025 (Sabtu) - Minat dan bakat adalah 2 perkara yang seharusnya ada untuk menentukan arah tujuan sesebuah kumpulan dalam bidang muzik khasnya yang bergenrekan 'rock & roll'. Rakan Muzik adalah salah satu Gaya Hidup Rakan Muda yang diperkasakan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia bagi menyediakan platform yang sihat untuk anak muda menyerlahkan bakat seterusnya bersaing secara sihat melalui pertandingan-pertandingan yang disediakan.
Majlis Daerah Tampin menjadi rakan strategik utama pada program kali ini dengan sokongan padu dari Ahli Parlimen Malaysia Kawasan Tampin, Dato' YB Mohd Isam bin Mohd Isa yang bersama-sama turun padang bagi menyumbangkan sebanyak RM 7,000.00 sebagai hadiah tambahan kepada semua kategori pemenang dan persembahan artis. Turut menyumbang adalah Ahli Dewan Undangan Negeri YB Tuan Veerapan Superamaniam yang diwakili oleh Pegawai Khas Encik Chin Kee Siang bagi menyampaikan sumbangan sebanyak RM 2,000.00 yang juga dijadikan hadiah tambahan untuk semua para pemenang.
Pertandingan pada kali ini disertai oleh 8 kumpulan yang masing-masing membawa 2 buah lagu yang bertemakan patriotik dan kebangsaan. Kumpulan Real XPDC menjadi artis jemputan khas yang membuat persembahan sekaligus menjadi juri pertandingan bersama-sama dengan pemain drum dari kumpulan Jinbara. Penonton dan jemputan dari sekitar kawasan Tampin bersama-sama memeriahkan suasana sehingga ke akhir program.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Puan Suriani binti Salihan Yang Dipertua Majlis Daerah Tampin, Encik Mohamad Firdaus bin Rustam Penyelaras DUN Gemas, Tuan Mohd Asri bin Md Yusof, Ketua Penolong Pegawai Daerah Tampin dan Encik Azmee Amar Azwan bin Mostapa Pegawai Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan.
Terima kasih juga diucapkan kepada Restoran Mama Nor Tampin yang turut bersama-sama menyumbangkan minum malam untuk para jemputan.
Rakan Muda Rakan Muzik
#teamKBS
#teamJBSN
#teamJBSN9
#rakanmuda
#teampbsdtampin