- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 33
LIGA SUKAN KOMUNITI PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 2025
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 33
SEREMBAN, 6 September 2025 - Liga Sukan Komuniti (LSK) Peringkat Negeri Sembilan 2025 telah berlangsung dengan meriah di dua lokasi utama iaitu di Kompleks Sukan Negeri, Paroi dan SJK (C) Kelpin. Pertandingan ini menghimpunkan pasukan-pasukan terbaik daripada daerah-daerah di Negeri Sembilan dalam tiga acara sukan utama iaitu bola jaring, sepak takraw dan ping-pong.
Objektif penganjuran kejohanan ini adalah untuk memperkukuhkan perpaduan komuniti, mengasah bakat-bakat baharu serta memupuk semangat kesukanan di kalangan masyarakat setempat.
LSK Peringkat Negeri Sembilan kali ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan berjaya mencungkil bakat baharu dalam bidang sukan tetapi juga mengeratkan lagi hubungan silaturahim di kalangan peserta.
Pasukan Rembau A telah berjaya menjuarai pertandingan Bola Jaring, manakala Naib Johan jatuh kepada pasukan Seremban B dan Rembau B bersama Jempol A mendapat tempat Ketiga Bersama.
Bagi pertandingan Sepak Takraw pasukan Kuala Pilah A telah berjaya menjadi Johan berjaya mengalahkan Seremban A diperlawanan akhir manakala Rembau A bersama Seremban B mendapat tempat Ketiga Bersama.
Pertandingan Ping-Pong pula pelawanan sengit diperlawanan akhir telah dimenangi oleh pasukan Jempol A yang telah mengalahkan pasukan Seremban A dan ketiga bersama telah dimenangi oleh pasukan Port Dickson A dan Port Dickson B.
Ketiga-tiga majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Rosdi bin Pilus, Penolong Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, diiringi oleh wakil dari Perrsatuan Sukan Negeri yang terlibat iaitu Puan Rohayu binti Mohd Razali, Setiausaha Persatuan Bola Jaring Negeri Sembilan, Encik Mohd Shaharin bin Ismail, wakil Persatuan Sepak Takraw Negeri Sembilan dan Puan Liew Pei Fung, Penolong Setiausaha Persatuan Pingpong Negeri Sembilan.
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang serta penghargaan kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#Teamjbsn9
#jbsnkomited
#MalaysiaMadani
#lsk2025negerisembilan