Program Malaysia Aktif @ Komuniti Siri 8 Meriah di Dewan IPD Rembau

Rembau, 6 September 2025 (Sabtu) – Program Malaysia Aktif @ Komuniti Siri 8 telah berlangsung meriah di Dewan IPD Rembau bermula jam 8.00 pagi. Program ini dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Rembau dengan kerjasama Kelab Senamrobik Aura Sihat.
Aktiviti utama pada kali ini adalah Aerobikthon, yang berjaya menarik penyertaan daripada pelbagai lapisan masyarakat sekitar daerah Rembau. Program ini bukan sahaja memberi peluang kepada komuniti untuk bergiat aktif dalam aktiviti kecergasan, malah dapat memupuk semangat kebersamaan serta gaya hidup sihat.
Hadir sama, Puan Zahizan Binti Rosli, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Rembau, yang turut memberikan sokongan penuh kepada usaha melibatkan masyarakat dalam program berbentuk kecergasan dan rekreasi.
Di penghujung program, telah diadakan sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang sebagai penghargaan atas penglibatan dan semangat yang ditunjukkan.
PBSD Rembau sentiasa komited untuk menyokong dan menganjurkan program-program yang memberi manfaat kepada komuniti, khususnya dalam membudayakan aktiviti kecergasan serta memperkukuhkan perpaduan masyarakat setempat.
#MalaysiaAktif
#RembauAktif
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBS Negeri Sembilan

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search