SKILL FOR LIFE @PARLIMEN : KURSUS ASAS GUNTING RAMBUT LELAKI PERINGKAT DAERAH JEMPOL TAHUN 2025

BATU KIKIR, 6 September 2025 - Telah berlangsung Skill For Life @Parlimen : Kursus Asas Gunting Rambut Lelaki Peringkat Daerah Jempol Tahun 2025 bertempat di Tam's Barber, Batu Kikir.
Terdapat seramai 30 orang peserta telah menyertai kursus ini yang berumur di antara 15 hingga 30 tahun. Kursus ini dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jempol dengan kerjasama PERSATUAN BELIA FELCRA BAYAI dan PPD Jempol dan Jelebu yang telah banyak membantu dalam urusan pelaksanaan program ini.
Tenaga pengajar Encik Amirul Firiza bin Syafinal adalah dari pengusaha Tam' Barber itu sendiri telah banyak memberi tunjuk ajar secara teori dan praktikal kepada para peserta untuk lebih memahami asas mengunting rambut.
Majlis penutup telah disampaikan oleh Encik Mohd Saiful bin Abdul Talib, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jempol dengan penyampaian sijil penyertaan kepada peserta dan sijil penghargaan kepada tenaga pengajar.
Diharap kursus seperti ini dapat membantu para peserta untuk lebih memahami berkaitan asas mengunting rambut dan seterusnya dapat dipraktikkan dari masa ke semasa.
#MalaysiaMadani
#rakanmuda
#RakanMahir
#JBSNBersama
#jbsn9
#pbsdjempol

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search