💦💦 KEMAHIRAN LATIHAN ASAS SUKAN (KLAS) RENANG FASA 2 2025 DAERAH SEREMBAN & TAMPIN GOLONGAN B40 🏊

SEREMBAN, 2 September 2025 - Program KLAS Renang Fasa 2 2025 Peringkat Negeri Sembilan telah bermula. Pelaksanaan program Fasa dua (2) kali ini memilih Daerah Seremban dan Tampin dimana anak-anak golongan B40 sekali lagi menjadi keutamaan sebagai peserta program. Program ini akan diadadakan di Ocean Riders Dive Academy (ORDA), Seremban manakala Daerah Tampin diadakan di Water Park Tampin.
Program KLAS Renang ini akan dilaksanakan sebanyak 6 sesi latihan bermula 2 September 2025 dan berakhir 24 September 2025 melibatkan penyertaan seramai 80 orang peserta kanak-kanak berumur antara 6 hingga 12 tahun. Pelaksanaan program ini adalah dengan kerjasama Persatuan Finswimming Negeri Sembilan.
Antara objektif bagi pelaksaan program ini adalah memberi pendedahan kepada teknik asas berenang yang betul dan selamat, membina keyakinan dalam air (water confidence) da n dapat membudayakan gaya hidup sihat dan aktif menerusi aktiviti berenang.
#JBSNegara
#JBSN9
#MalaysiaMadani
#KLASRenang2025

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search