- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 21
MALAM AMBANG MERDEKA TAMAN MATAHARI INDAH DI MERIAHKAN LAGI DENGAN PROGRAM MALAYSIA AKTIF @KOMUNITI 2025 PERINGKAT DAERAH SEREMBAN (SIRI 5)
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 21
30 OGOS 2025, Seremban –Pada Jam 9.00 malam tadi telah berlangsung Program Malaysia Aktif @ Komuniti 2025 Peringkat Daerah Seremban (Siri 5) bertempat di Padang Permainan Taman Matahari Indah , Senawang. Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban inj dengan kerjasama rakan strategik Persatuan Senamrobik Lindalin dan rakan pelaksana Kelab Senamrobik Sihat Harmoni dan KRT Taman Matahari Indah, Senawang .
Program yang memberikan peluang kepada setiap lapisan masyarakat di seluruh negara untuk melibatkan diri di dalam aktiviti kecergasan yang membawa manfaat dari aspek kesihatan dan perpaduan serta menyemai budaya gaya hidup aktif melalui aktiviti kecergasan seperti senamrobik dan berjoging ataupun berlari.
Program inj diserikan lagi dengan kehadiran En Wong Jin Wie Ahli Majlis Bandaraya Seremban dan En Faizul Bin Kamaruzzaman Pengerusi Kelab Rukun Tertangga (KRT) Taman Matahari Indah, manakala Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban diwakili oleh En Khushairi bin Zainal.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada KRT Taman Matahari Indah, Kelab Senamrobik Sihat Harmoni dan setiap individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBS Negeri Sembilan
#teamKBS
#teamJBSN
#teamjbsn9
#YakinBoleh
#teampbsdseremban
#malaysiaaktif@komunitiseremban2025