PROGRAM MALAYSIA AKTIF @KOMUNITI 2025 PERINGKAT DAERAH SEREMBAN (SIRI 6) MENAMBAH LAGI KEMERIAHAN SAMBUTAN AMBANG MERDEKA 2025 D’ PALMA & D’ELISE, TAMAN BANDAR BARU SENAWANG.

30 OGOS 2025, Seremban – Telah berlangsung Program Malaysia Aktif @Komuniti 2025 Peringkat Daerah Seremban (Siri 6) bertempat di Kabin D’Palma & D’Elise, Taman Bandar Baru Senawang. Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban ini dengan kerjasama rakan strategik Persatuan Senamrobik Lindalin dan rakan pelaksana Kelab Kecergasan Energetic Gemilang dan KRT Taman Bandar Baru Senawang.
Selain daripada berzumba, turut diadakan Pertandingan Pakaian Beragam yang bertemakan Hari Merdeka. Program ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran Puan Cindy Usun Sigau, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Seremban dan Encik Fairul Ezzuan bin Rasaik, Pengerusi KRT D’Palma & D’Elise, Taman Bandar Baru Senawang serta kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada KRT D’Palma & D’Elise, Taman Bandar Baru Senawang, Kelab Kecergasan Energetic Gemilang dan setiap individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBS Negeri Sembilan
#teamKBS
#teamJBSN
#teamjbsn9
#YakinBoleh
#teampbsdseremban
#malaysiaaktif@komunitiseremban2025

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search