PROGRAM MALAYSIA AKTIF @KOMUNITI DAERAH PORT DICKSON 2025 (SIRI 9)

Port Dickson, 30 Ogos - Program Malaysia Aktif @Komuniti Daerah Port Dickson 2025 (Siri 9) anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Port Dickson dengan kerjasama KEFA Aerofitt Sports Club (KEFA) telah berlangsung meriah di Taman Vista Jaya, Lukut hari ini. Tema pada edisi kali ini ialah Kemerdekaan bersempena dengan Sambutan Hari Kemerdekaan 2025 yang dianjurkan oleh Persatuan Penduduk Taman Vista Jaya.
Acara senamrobik yang berlangsung selama satu jam itu telah dipimpin oleh Coach Zarina Harun dari KEFA bersama barisan instruktor senamrobik bertauliah yang lain. Sesi dimulakan dengan pemanasan badan dan diteruskan dengan aerodance. Para peserta yang terdiri dari penduduk Taman Vista Jaya, Taman Bayu Indera dan kawasan sekitar berasa teruja dengan aktiviti gerakan senam cergas yang dilakukan dan mereka menjalani sesi dengan penuh bertenaga.
Di akhir sesi, Puan Siti Alifah Hamzah dari PBSD Port Dickson bersama Puan Siti Fauziah Jaafar, Timbalan Presiden KEFA telah menyerahkan sijil penghargaan dan plaka penghargaan kepada Tuan Haji Jamaluddin Arshad di atas kesudian menjemput acara senamrobik sebagai sebahagian dari Program Sambutan Hari Kemerdekaan Taman Vista Jaya.
PBSD Port Dickson dan KEFA merakamkan sekalung penghargaan dan setinggi-tinggi ucapan terima kasih buat semua yang terlibat dengan program ini secara langsung atau tidak langsung. Kekal aktif dan sihat.
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia JBS Negeri Sembilan
KEFA Group Official
#JBSN #JBSNBersama
#TeamPBSDPortDickson
#TeamKBS #TeamJBSNS
#YakinBoleh #RakanMuda
#KEFAxTamanVistaJaya #janjipeluh

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search