PROGRAM MALAYSIA AKTIF @ KOMUNITI PERINGKAT DAERAH TAMPIN 2025 (SIRI 10)

TAMPIN, 30 Ogos 2025 (Sabtu) - Telah berlangsung Program Malaysia Aktif @ Komuniti Peringkat Daerah Tampin 2025 (Siri 10) bertempat di D Sawah Londah, Gemas. Program ini adalah anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin bersama KRT Gemas Indah, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kg. Gemas Indah, Tadika Kemas Kg. Gemas Indah dan Kelab Senamrobik Sihat Anggun.
Program Malaysia Aktif @ Komuniti adalah sebuah program kecergasan yang memfokuskan kepada aktiviti kecergasan. Program ini dianjurkan bagi menarik minat masyarakat untuk melibatkan diri dalam aktiviti kecergasan seterusnya dapat menerapkan budaya hidup aktif, cergas dan sihat dalam kehidupan seharian.
Program ini diserikan lagi dengan kehadiran Ustaz Mohamad Firdaus bin Rustam, Penyelaras DUN Gemas. Turut hadir bersama En. Ahmad Fareez bin Mohamad Fauzi, Penghulu Mukim Gemas, En. Jasnie bin Abd Rahman, Wakil Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin, En. Zulkerzin bin Abd Aziz, Pengerusi JPKK Kg. Gemas Indah dan Puan Noor Fisah binti Mohamed, Presiden Kelab Senamrobik Sihat Anggun.
Penganjuran pada siri kali ini adalah bersempena dengan Program Sambutan Hari Merdeka ke 68 anjuran JPKK Kg. Gemas Indah.
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBS Negeri Sembilan
#JBSNBersama #RoadToHSN2025
#KBSMalaysia
#RakanMuda
#YakinBoleh
#teamJBSN9
#teampbsdtampin

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search