MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM SENAMAN WARGA EMAS AKTIF 2025 DAERAH PORT DICKSON

Port Dickson, 27 Ogos - Di Malaysia, takrifan umur warga emas mengikut Dasar Warga Emas Negara ialah 60 tahun ke atas dan golongan sering mendapat pelbagai kemudahan dan inisiatif dari pelbagai agensi Kerajaan. Kementerian Belia dan Sukan (KBS) juga tidak ketinggalan menyahut seruan Kerajaan dalam usaha membudayakan sukan di kalangan warga emas dengan berkonsepkan "no one left behind" telah mewujudkan satu Program Senaman Warga Emas Aktif 2025. Sehubungan dengan itu, Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Port Dickson dengan kerjasama Kelab Sukan Rekreasi Teluk Kemang telah mengadakan satu mesyuarat penyelarasan program ini bersama rakan-rakan pelaksana yang dilantik.
Mesyuarat yang diadakan di Bilik Mesyuarat, PBSD Port Dickson yang dipengerusikan oleh Encik Mohd Faizal Mohd Arif selaku Pegawai Belia dan Sukan Daerah Port Dickson telah dihadiri oleh Puan Siti Zainawa Ibrahim dari Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Port Dickson, Dr Jualina Suhaimi, Encik Shahrul Hafiz dan Puan Siti Syafiqa Abdul Rahman dari Panel Penasihat Klinik Kesihatan Bagan Pinang, Tuan Haji Ramli Ismail dan Encik Mahyuddin Sahid dari Persatuan Veteran ATM Daerah Port Dickson, Encik Shee Boon Tian dari Persatuan Tai-Chi Huang Seremban, Encik Mohd Amar Syawal Mohd Hanif selaku Pengerusi Kelab Sukan Rekreasi Teluk Kemang dan Encik Khairi Kamaruddin selaku Pengerusi Majlis Belia Daerah Port Dickson.
Pengerusi mesyuarat memulakan mesyuarat dengan sesi perkenalan dengan semua ahli mesyuarat. Seterusnya, pembentangan kertas kerja program telah dibentangkan oleh Puan Siti Alifah Hamzah, Pegawai Unit Sukan, PBSD Port Dickson bagi menerangkan konsep pelaksanaan program senaman warga emas yang bakal dilaksanakan pada bulan September hingga Oktober 2025 kelak.
Hasil perbincangan telah memperincikan cadangan pelaksanaan, bentuk aktiviti serta mekanisme kerjasama antara agensi dan persatuan/kelab yang terlibat bagi memastikan kelangsungan serta keberkesanan program ini dalam usaha memperkukuhkan gaya hidup sihat serta memperluaskan penyertaan warga emas dalam aktiviti riadah dan senaman berkala. Program Senaman Warga Emas Aktif 2025 dijangka menjadi platform inklusif yang mampu memperkukuhkan jaringan sosial warga emas, menggalakkan aktiviti fizikal secara berterusan serta menyokong agenda kesejahteraan komuniti di daerah Port Dickson.
Turut hadir bersama ialah Encik Mohd Azam Zakaria, Pegawai Unit Rakan Muda PBSD Port Dickson dan Encik Jamaludin Sulaiman, Bendahari Kelab Sukan Rekreasi Teluk Kemang.
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia JBS Negeri Sembilan
#JBSN #JBSNBersama #RoadToHSN2025
#TeamPBSDPortDickson #TeamUnitSukan
#TeamKBS #TeamJBSNS
#YakinBoleh #RakanMuda

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search