PROGRAM MALAYSIA AKTIF @KOMUNITI 2025 PERINGKAT DAERAH SEREMBAN (SIRI 4) MEMERIAHKAN LAGI SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SERI PAGI (SePPriS)

26 OGOS 2025, Senawang – Program yang memberikan peluang kepada setiap lapisan masyarakat di seluruh negara untuk melibatkan diri di dalam aktiviti kecergasan yang membawa manfaat dari aspek kesihatan dan perpaduan serta menyemai budaya gaya hidup aktif melalui aktiviti kecergasan seperti senamrobik dan berjoging ataupun berlari.
Telah berlangsung Program Malaysia Aktif @ Komuniti 2025 Peringkat Daerah Seremban (Siri 4) Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan Sekolah Kebangsaan Taman Seri Pagi bertempat di Sekolah Kebangsaan Taman Seri Pagi pada pagi tadi. Program ini adalah anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban dengan kerjasama Rakan Strategik Kelab Senamrobik Lindalin dan Rakan Pengelola Kelab Senamrobik Sihat Harmoni. Program yang mendapat sambutan yang cukup meriah dengan penyertaan di kalangan guru-guru dan pelajar seramai 716 orang, termasuk semua aliran Prasekolah, Pendidikan Khas serta Tahun 1 hingga Tahun 6.
Majlis Perasmian dimulakan dengan Ucapan Aluan daripada Encik Amir Fikri bin Ithnin, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Seri Pagi dan seterusnya perasmian disempurnakan oleh Puan Cindy Usun Sigau, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Seremban dan turut hadir bersama di dalam majlis tersebut Barisan Guru-Guru Sekolah Kebangsaan Taman Seri Pagi, termasuk Encik Shah Rizal bin Mohd Yusof selaku Penyelaras Program, AJK Kelab Senamrobik Sihat Harmoni serta kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban. Semoga program sebegini dapat diteruskan lagi di masa akan akan datang agar menjadi pemangkin dalam mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi semua lapisan masyarakat disamping meningkatkan kesedaran masyarakat untuk menjalani gaya hidup cergas serta menyemai semangat patriotik di dalam aktiviti sukan.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Sekolah Kebangsaan Taman Seri Pagi, Kelab Senamrobik Sihat Harmoni, semua pelajar, guru-guru, dan setiap individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini. Komitmen, usaha, dan semangat anda semua telah menjadikan program ini satu pengalaman yang bermakna dan memberi impak besar kepada semua yang terlibat.
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBS Negeri Sembilan
#teamKBS
#teamJBSN
#teamjbsn9
#YakinBoleh
#teampbsdseremban
#malaysiaaktif@komunitiseremban2025

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search