- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 17
Pertandingan Catur 1000 Liga Peringkat Daerah Rembau 2025 Meriah
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 17
Rembau, 23 Ogos – Seramai 54 peserta telah menyertai Pertandingan Catur 1000 Liga Peringkat Daerah Rembau 2025 yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan Kundur pagi tadi.
Pertandingan yang dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Rembau dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Rembau, SK Kundur dan Kelab Sukan Rekreasi Ekstrem Rembau ini memberi tumpuan kepada kategori Catur Bawah 12 Tahun Tertutup Rembau.
Tujuan utama penganjuran adalah bagi mencungkil bakat baharu dalam kalangan pelajar sekolah rendah serta membudayakan aktiviti sukan berfikir di peringkat komuniti.
Turut hadir, Puan Nor Azah binti Abu Bakar, Penolong Pegawai PPD Rembau, Encik Nor Azlan Bin Khamis, Guru Besar SK Kundur, Encik Mat Mizan Bin Yasin, Guru Penolong Kanan Ko-kurikulun SK Kundur dan Encik Muhammad Izzat Emir Bin Roshizan, Pegawai Pembangunan Sukan dan Rekreasi Daerah Rembau.
Seiring dengan peribahasa “Melentur buluh biarlah dari rebungnya”, usaha ini diharap mampu melahirkan generasi pelapis yang berdisiplin, sabar dan berdaya saing dalam sukan catur.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Rembau merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat khususnya Sekolah Kebangsaan Kundur, Rembau yang menjadi lokasi rasmi pertandingan pada kali ini.
#RembauAktif
#MalaysiaAktif
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBS Negeri Sembilan