- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 15
PROGRAM INTERVENSI PEMERKASAAN EKONOMI (PIPE) PERINGKAT NEGERI SEMBILAN TAHUN 2025
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 15
Senawang, 23 Ogos 2025- Program Intervensi Pemerkasaan Ekonomi (PIPE) Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2025 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya.
Antara tujuan utama pelaksanaan program ini adalah menggalakkan kegiatan ekonomi yang positif dalam kalangan belia sebagai usaha meningkatkan taraf hidup serta melahirkan belia yang lebih berdaya saing dalam bidang automotif dan mampu untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada komuniti setempat.
Peserta yang hadir ke program ini melibatkan penyertaan daripada pelbagai agensi seperti Jabatan Penjara Negeri Sembilan, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan, Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Sembilan serta belia massa.
Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Tuan Ahmad Syariffuddin bin Sarmin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan. Turut hadir sama, TPP Tuan Mohd Arif bin Shamsuddin, Ketua Pusat Reintegrasi Penghuni (PRP) Mantin, Encik Mohd Hairul Iezhari bin Misran, wakil Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Seremban dan Encik Che Mohamad Hafis bin Che Jusoh, wakil Pengarah Urusan Kumpulan MAG.
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan mengucapkan terima kasih di atas sokongan dan kerjasama semua pihak yang terlibat. Semoga usaha dan inisiatif yang dilaksanakan ini dapat membantu golongan belia khususnya dalam menggalakkan kegiatan ekonomi yang positif serta menaik taraf tahap kehidupan belia.
#teamkbs
#teamjbsn
#teamjbsn9
#jbsnbersama
#PIPE2025