- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 17
JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI SEMBILAN BERAKSI DI PROGRAM MADANI RAKYAT 2025 NEGERI SEMEBILAN
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 17
Program Madani Rakyat 2025 (PMR2025) Negeri Sembilan berlangsung meriah pada hari kedua penganjurannya!!!
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan tidak ketinggalan terlibat dalam penganjuran PMR2025 Negeri Sembilan dimana diberi tanggungjawab untuk melengkapkan Kluster Belia dan Sukan. Strategi memilih Sukan Elektronik (E-Sport), acara Tendangan Penalti dan Sukan Tradisional menjadi apabila menjadi tumpuan rata-rata pengunjung yang hadir di Dataran Nilai, tempat berlangsungnya PMR2025 Negeri Sembilan.
YBrs. Encik Abdullah bin Hasan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Belia dan Sukan turut hadir ke booth JBS Negeri Sembilan dan menyaksikan sendiri sambutan hangat para pengunjung untuk mencuba acara sukan yang disediakan. Turut hadir Encik Ahmad Syariffuddin bin Sarmin, Pengarah, JBS Negeri Sembilan. Majlis Perasmian PMR2025 Negeri Sembilan telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar bin Ibrahim.
Esok merupakan hari terakhir PMR2025 Negeri Sembilan, Ayuhh!!!! penduduk Nilai mahupun di Negeri Sembilan amnya dapat mengambil peluang hadir ke program tersebut yang turut menyediakan pelbagai pemeran dan aktiviti dari agensi-agensi kerajaan, swasta dan Ngo.
#teamKBS
#teamJBSN
#teamjbsn9
#jbsnkomited
#PMR2025N9