Program Malaysia Aktif @ Komuniti Siri 5 Peringkat Daerah Rembau 2025

Rembau, 21 Ogos 2025 (Khamis) - Gelanggang Futsal Dataran Rembau menjadi destinasi seterusnya pada pagi tadi bagi pelaksanan Program Malaysia Aktif @ Komuniti Peringkat Daerah Rembau 2025.
Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Rembau dan Kelab Senamrobik Aura Sihat telah berkolabrasi dengan Pejabat Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Rembau ini dimulakan dengan ucapan perasmian oleh YB Dato’ Zaiful Bahri bin Hj Idris, ADUN Kawasan Chembong. Antara intipati ucapan beliau adalah memberi penekanan bahawa para klien AADK tidak harus merasa rendah diri mahupun terpinggir, sebaliknya perlu diyakinkan bahawa mereka adalah sebahagian daripada masyarakat. Tiada tembok pemisah antara rakyat dalam menikmati peluang, bantuan, mahupun penglibatan aktiviti kemasyarakatan.
Program diteruskan dengan aktiviti senamrobik yang disertai oleh klien dan kakitangan AADK Rembau. Sukaneka dan permainan tradisional merupakan antara pengisian lain dalam program kali ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan dan silaturahim.
Penganjuran program ini adalah sejajar dengan usaha memupuk budaya sukan dan gaya hidup sihat dalam kalangan komuniti setempat tanpa mengira latar belakang masyarakat. Seperti pepatah Melayu mengatakan “bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.”
Sesungguhnya, kekuatan masyarakat terletak pada semangat kebersamaan dan saling menyokong antara satu sama lain.
#rembauaktif
#MalaysiaAktif
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBS Negeri Sembilan

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search